Alat Kebolehcapaian

Siti Rosnani

SITI ROSNANI BINTI MOHD JALIL
Pengarah
Bahagian Tanam Semula dan Perladangan

  • Moto

     "Pekebun Kecil didahulukan, Prestasi diutamakan"

     

    Misi

     Merangka dan membentuk program tanam semula yang cekap pelaksanaannya dan memenuhi keperluan pekebun kecil.

     

    Visi

     Menjadikan program tanam semula mesra pekebun kecil.

     

    Objektif

     Mengurus Program Tanam Semula dan berkaitan secara cekap serta berkesan supaya kebun dapat mengeluarkan hasil yang optimum dalam tempoh masa yang ditetapkan.

  • Strategi Pembangunan Tanah

    • Menggunakan profil kebun dan pekebun kecil bagi perancangan dan pelaksanaan program tanam semula.
    • Merancang dan melaksana kempen tanam semula berdasarkan kepada getah tua melalui data yang diperolehi dari Sistem Statistik Pekebun Kecil (e-SPeK).
    • Mendapat permohonan tanam semula melalui data e-SPeK.
    • Mengaplikasikan penggunaan IOT melalui GIS dan e-SPeK untuk memudahkan penentuan getah tua bagi memberi kelayakan.

    Strategi Pembangunan Secara Berkumpulan

    • Mengenal pasti kawasan melalui database Sistem Maklumat Pekebun Kecil.
    • Memberi penerangan pendekatan baharu tanam semula.
    • Meningkatkan keupayaan pengurusan TSB dan TSK dibawah Pengurusan Jawatankuasa dan RPSB dengan cara memberi pakej insentif mengikut peringkat pembangunan dalam menggalakkan pengurusan secara berkumpulan:
      • Bantuan Tabung Pelancaran (BTP)
      • Bantuan Pemulihan Kebun
      • Bantuan Input Pertanian
      • Bantuan Depo/Pusat Timbang Stor/Stor
      • Bantuan Prasarana
      • Bantuan AET
      • Latihan Pengurusan Ladang dan Pembangunan Insan
    • Menggubal dasar, peraturan serta panduan Program Tanam Semula dan Program Sokongan.
    • Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan, mengkaji dan menilai Program Tanam semula.
    • Mengendali rekod dan statistik berhubugan dengan pekebun yang menyertai Program Tanam Semula melalui sistem i-POWeR.
    • Mentadbir dan menguatkuasakan peraturan-peraturan dibawah rancangan perusahaan getah (penanaman semula) estet-estet 1974 berasaskan seksyen 10(1) ordinan kumpulan perusahaan getah (Penanaman Semula)1952.
  •  Pengarah

     Unit Pentadbiran Dan Kewangan

     Unit Dasar Peraturan dan Sistem

     Unit RTBB dan Pengguna Dana

     Unit Tanam Semula Dan Statistik

     Unit ESTET, TSB, TSK